Tuesday, 18 June 2013

TALAM KELADI



Bahan Bahan Untuk Lapisan Bawah :

Bahan A

  • 200 gm tepung beras 
  • 2 sudu tepung ubi
  • 1 sudu garam
  • 900 ml santan
Bahan B

  • 400 gm ubi keladi ( dipotong dadu  dan dikukus hingga masak )
Caranya :

  1. Masukkan kesemua bahan A , Kacau rata dan tapis 
  2. Kemudian , masak atas api yg kecil hingga naik wap (agak agak pekat )
  3. Campurkan bahan B , kacau rata dan angkat
  4. Masukkan ke dalam loyang , kukus selama 30 minit
Bahan Utk Lapisan Atas ( Purple ) :

  • 100 gm tepung gandum
  • 250 gm gula putih
  • 4 biji telur gred B
  • 600 ml santan
  • sedikit pewarna ungu
Caranya :

  1. Campurkan kesemua bahan , kacau hingga rata dan tapis
  2. Masak hingga naik wap ( agak agak pekat ) di atas api yang kecil 
  3. Tuang adunan ke atas lapisan keladi tadi ( sebelum tuang , cakar lapisan bawah dgn garfu )
  4. Kukus kembali selama 30 minit
SELAMAT MENCUBA ;)


No comments:

Post a Comment