Tuesday, 18 June 2013

PULUT SRI KAYA




Bahan Untuk Pulut :

  • 3 1/2 cawan pulut
  • 3 cawan santan
  • 1/2 sudu kecil garam 
Cara Cara Utk Pulut :

  1. Campurkan semua bahan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak .
  2. Angkat dan tekan pulut hingga mampat .
Bahan Untuk Seri Kaya :

  • 3 biji telur
  • 6 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 3/4 cawan gula merah ( yg telah dicairkan )
  • * Daun pandan
  • * 1 sudu jintan manis ( digoreng tanpa minyak )
  • * 1 1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Cara Untuk Seri Kaya :

  1. Blend bahan bahan yg bertanda * utk dapat kan 2 1/2 cawan santan
  2. Campur kesemua bahan , kacau dan tapis 
  3. Masak adunan sehingga naik wap dengan api yg kecil ( kacau tanpa henti )
  4. Angkat dan tuang adunan sri kaya ke atas pulut . Kemudian , kukus selama 30 minit lagi dengan api yg sederhana 


#Adunan Seri Kaya ini memang lembik , bukan mcm seri muka . So ,selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment