Tuesday, 9 July 2013

Biskut Raya 2013



CHOCOLATE SQUARE
RM28/50 PCS


BISKUT NESTUM MADU
RM25/ 50PCS

HAVANA
RM28/ 50PCS


ALMOND LONDON
RM28/ 50 PCS

BISKUT KUACI
RM25/ 50 PCS

CHOCOLATE ALMOND
RM25/ 50PCS


CHOCOLATE CHIPS
RM25/ 50 PCS

STRAWBERRY SWISS
RM28/ 60PCS


Thursday, 4 July 2013

Monday, 24 June 2013

PUDING BUAH



Bahan bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur
  • 1/2 gelas gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu golden sirap ( atau secukup nya )
  • 1 tin mixed fruit
Cara caranya :

  1. Gula dan tel;ur dipukul hingga kembang dan masukkan susu cair .
  2. Masukkan 1/2 tin mixed fruit , esen vanilla dan garam . Kemudian , kacau hingga sebati
  3. Rata kan golden sirap dalam acuan , biarkan ia keras sebentar
  4. Masukkan adunan puding tadi ke dalam acuan dan kukus sehingga masak ,
  5. Kukus selama 45 minit .
  6. Biarkan sejuk , keluarkan daripada acuan dan boleh la dihias dengan baki mixed fruit . ( terbalikkan golden sirap ke bahagian atas )


PUDING BELANG



Bahan A :

  • 35 gm agar agar \
  • 4 gelas air
  • 1 1/2 gelas gula halus
# masak agar agar dengan air hingga mendidih dan masukkan gula


Bahan B :

  • 3 sudu gula putih
  • 2 sudu butter
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sudu tepung kastard ( atau 4 sudu tepung gandum )
  • 1 sudu esen vanilla
  • Pewarna hijau dan merah ( ikut suka )
Cara caranya :

  1. Campur 3 sudu gula , butter , kuning telur dan tepung kastard - dikacau sebati . Masukkan susu cair dan esen vanilla , kacau hingga rata .
  2. Masukkan adunan bahan B ke dalam bahan A , kacau di atas api hingga mendidih .
  3. Angkat dan bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan ikut kesukaan sendiri
  4. Masukkan adunan berselang seli warna sehingga habis dan sejukkan 

PUDING CHOCOLATE



Bahan A :

  • 35 gm agar agar 
  • 5 cawan air 
  • 1 cawan gula 
# Masak hingga larut dan tapis

Bahan B :

  • 2 biji kuning telur
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan coco powder
Cara caranya :

  1. Campurkan kesemua bahan B dan dipukul hingga sebati ( kalau adunan bergentel , boleh la ditapis )
  2. Masukkan adunan B ke dalam adunan A. Masak hingga mendidih di atas api yg sederhana 
  3. Angkat dan tuang ke dalam adunan 

PUDING KENTANG



Bahan A :

  • 500 gm ubi kentang ( direbus )
  • 6 cawan air
# Blend kesemua bahan A

Bahan B :

  • 35 gm agar agar
  • 6 cawan air 
# Masak bahan B sehingga agar agar larut dan tapis

Bahan C :

  • 200 gm tepung kastard
  • 500 gm gula ( agak agak manis )
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu kecil garam
Cara caranya :

  1. Masukkan kesemua bahan C dan kacau rata . 
  2. Campur bahan A ke dalam bahan C , kacau rata dan masak di atas api yg sederhana . Kacau tanpa henti hingga adunan setengah beku
  3. Setelah adunan setengah beku , masukkan bahan B . Kacau hingga rata sehingga masak - lebih kurang 20 minit
  4. Angkat dan tuang ke dalam acuan

PAU GEBU




Bahan bahan :

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 sudu double action baking powder
  • 1 sudu bread softener
  • 1 sudu bread improver
  • 1 sudu garam
  • 7 sudu gula putih
  • 1 pack yeast segera
  • 5 sudu shortening
  • Air secukupnya utk menguli
Inti kacang merah atau seri kaya secukup nya
Cara caranya :


  1. Campur kesemua bahan kecuali inti 
  2. Uli sehingga menjadi doh yg lembut ( gunakan air sedikit demi sedikit )
  3. Uli sehingga doh menjadi gebu dan licin
  4. Buat bulat bulat dan isi inti ke dalam nya
  5. Rehat kan sehingga doh dua kali ganda naik
  6. Kukus selama 5-10 minit setiap kali kukus
* p/s untuk mencantikkan doh , gantikan air biasa dengan air kelapa ;)

Sunday, 23 June 2013

PUDING ROTI




Bahan bahan :

  • 3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula perang atau gula halus
  • 1 sudu esen vanilla
  • 2 sudu besar gula
  • 1 buku roti ( 12 slices, dipotong dadu )
  • Sedikit garam
Cara caranya :

  1. Campur semua bahan kecuali roti dan pukul hingga rata
  2. Kemudian masukkan roti dan kacau hingga rata . 
  3. Biarkan sebentar sehingga roti kembang
  4. Akhir sekali , boleh lah dibakar selama 45 minit
Bahan bahan untuk sos :
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 1/2  cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit garam
Cara caranya :
  1. Masukkan kesemua bahan dan kacau di atas api yg sederhana sehingga mendidih .

KASWI PANDAN



Bahan bahan :
  • 4 cwan tepung gandum
  • 4 cawan tebung ubi
  • 2 cawan tepung beras
  • 4 cawan gula putih
  • 4 cawan air pandan
  • 2 cawan air kapur ( cair )
  • 11 cawan air
  • Sedikit pewarna hijau
  • Kelapa parut ( utk hiasan )
Cara caranya :
  1. Masukkan kesemua bahan , kacau rata dan tapis .
  2. Perap selama 1 jam
  3. Kukus selama 30-45 minit

BINGKA JAGUNG



Bahan bahan :
  • 5 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula putih
  • 6 biji telur
  • 4 cawan air
  • 5 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 1 tin jagung manis ( setengah diblend dan setengah lagi biarkan )
  • 1 cawan perasa jagung Double Lion
Cara caranya :
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali jagung
  2. Kacau rata dan tapis bahan bahan tersebut
  3. Masukkan kesemua jagung
  4. Biarkan selama sejam 
  5. Selepas itu , baru lah bakar selama 45 minit atau sehingga masak

BINGKA CREAM CRACKERS



Bahan bahan :

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 3 3/4 cawan cream cracker ( yang telah dihancurkan )
  • 450 gm gula pasir
  • 6 biji telur
  • 6 3/4 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu besar butter atau minyak sapi
  • Bijan ( untuk hiasan )
Cara caranya :

  1. Campurkan telur dan gula . Kemudian pukul kedua dua bahan sehingga rata .
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan cream crackers sedikit demi sedikit hingga habis . Kacau rata 
  3. Masukkan garam , pewarna kuning dan santan . Kacau hingga rata . Lalu , masukkan butter
  4. Kemudian , boleh la di bakar selama 45 minit atau sehingga masak

Saturday, 22 June 2013

DONUT KENTANG



Bahan A :

  • 2 biji ubi kentang ( direbus )
  • 1 cawan air
* Blend kedua dua bahan ni

Bahan B :

  • 1/2 cawan butter
  • 6 sudu susu manis
  • 1 biji telur
  • 1 pack yeast segera 
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu shortening
*Pukul kesemua bahan B hingga kembang

Bahan C :

  • 8 cawan tepung gandum
  • 2 sudu baking powder
Bahan D :

  • Gula Caster 
Cara caranya :
  1. Campurkan bahan A dan bahan B ke dalam Bahan C. Uli hingga menjadi doh
  2. Biarkan doh naik hingga dua kali ganda selama 3 jam
  3. Selepas 3 jam , diuli kembali dan boleh la dibentuk . Rehat kan selama 1/2 jam dan boleh lah digoreng
  4. Sejukkan dan boleh la digolekkan dlm gula caster
# p/s kalau doh tak cukup lembut , boleh ditambah air sedikit sedikit 

Tuesday, 18 June 2013

KUIH LAPIS




Bahan A : 
  • 4 cawan gula 
  • 3 cawan air
  • 3 kuntum bunga lawang
  • daun pandan 
  • 1 sudu kecil garam
-Masak kesemua bahan hingga menjadi air gula

Bahan B :
  • 6 cawan tepung gandum 
  • 1 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan pati santan
  • 11 cawan air
Caranya :
  1. Campur kesemua bahan A dan B , kacau rata dan tapis
  2. Bahagi kpd dua bahagian ; satu bahagian merah , satu bahagian putih
  3. Panas kan kukus dan loyang 
  4. Kukus selapis demi selapis ( berselang seli merah dan putih ) sehingga 8 layer

APOM BERAS


Bahan A :
  • 4 cawan nasi 
  • 1 1/2 biji ragi ( diblend halus )
Caranya :
  1. Gaul kedua dua bahan dan perap selama semalaman hingga menjadi tapai
Bahan B :
  • 5 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 1/2 cawan air
  • Eno secukupnya
Caranya :
  1. Campur kesemua bahan B kecuali Eno dan kacau rata
  2. Masukkan adunan tapai , kacau rata dan blend sampai halus
  3. Perap sehingga naik ( 4-5 jam )
  4. Masukkan Eno dan kukus selama 15 minit 

TALAM KELADI



Bahan Bahan Untuk Lapisan Bawah :

Bahan A

  • 200 gm tepung beras 
  • 2 sudu tepung ubi
  • 1 sudu garam
  • 900 ml santan
Bahan B

  • 400 gm ubi keladi ( dipotong dadu  dan dikukus hingga masak )
Caranya :

  1. Masukkan kesemua bahan A , Kacau rata dan tapis 
  2. Kemudian , masak atas api yg kecil hingga naik wap (agak agak pekat )
  3. Campurkan bahan B , kacau rata dan angkat
  4. Masukkan ke dalam loyang , kukus selama 30 minit
Bahan Utk Lapisan Atas ( Purple ) :

  • 100 gm tepung gandum
  • 250 gm gula putih
  • 4 biji telur gred B
  • 600 ml santan
  • sedikit pewarna ungu
Caranya :

  1. Campurkan kesemua bahan , kacau hingga rata dan tapis
  2. Masak hingga naik wap ( agak agak pekat ) di atas api yang kecil 
  3. Tuang adunan ke atas lapisan keladi tadi ( sebelum tuang , cakar lapisan bawah dgn garfu )
  4. Kukus kembali selama 30 minit
SELAMAT MENCUBA ;)


PULUT SRI KAYA




Bahan Untuk Pulut :

  • 3 1/2 cawan pulut
  • 3 cawan santan
  • 1/2 sudu kecil garam 
Cara Cara Utk Pulut :

  1. Campurkan semua bahan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak .
  2. Angkat dan tekan pulut hingga mampat .
Bahan Untuk Seri Kaya :

  • 3 biji telur
  • 6 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 3/4 cawan gula merah ( yg telah dicairkan )
  • * Daun pandan
  • * 1 sudu jintan manis ( digoreng tanpa minyak )
  • * 1 1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Cara Untuk Seri Kaya :

  1. Blend bahan bahan yg bertanda * utk dapat kan 2 1/2 cawan santan
  2. Campur kesemua bahan , kacau dan tapis 
  3. Masak adunan sehingga naik wap dengan api yg kecil ( kacau tanpa henti )
  4. Angkat dan tuang adunan sri kaya ke atas pulut . Kemudian , kukus selama 30 minit lagi dengan api yg sederhana 


#Adunan Seri Kaya ini memang lembik , bukan mcm seri muka . So ,selamat mencuba !

Friday, 14 June 2013



HAMPER BISKUT RAYA  / HANTARAN
HAMPER BISKUT RAYA / HANTARAN

HAI ;)

Terima Kasih dan Selamat Datang ke blog ini . Blog ini dihasilkan utk berkongsi minat dalam masakan terutama kuih muih , biskut dan kek . Blog ini juga ada menyediakan resipi dan tempahan biskut raya, kek dan kuih tradisional . Semoga dapat memberi sokongan pada blog ini .Selamat mencuba !

BISKUT RAYA

CHOCOLATE CHIP
BISKUT NESTUM MADU 

ALMOND LONDON

BISKUT PURPLE GLORY


BISKUT KUACI

BISKUT RAYA

Gambar 1 : Tat Gulung
Gambar 2 : Chocolate Chip
Gambar 3 : Biskut Kuaci , Biskut Nestum , Chocolate Chip ( dari kiri )

MIXED FRUIT CORNFLAKES 

 PURPLE GLORY