Tuesday, 9 July 2013

Biskut Raya 2013



CHOCOLATE SQUARE
RM28/50 PCS


BISKUT NESTUM MADU
RM25/ 50PCS

HAVANA
RM28/ 50PCS


ALMOND LONDON
RM28/ 50 PCS

BISKUT KUACI
RM25/ 50 PCS

CHOCOLATE ALMOND
RM25/ 50PCS


CHOCOLATE CHIPS
RM25/ 50 PCS

STRAWBERRY SWISS
RM28/ 60PCS


Thursday, 4 July 2013

Monday, 24 June 2013

PUDING BUAH



Bahan bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur
  • 1/2 gelas gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu golden sirap ( atau secukup nya )
  • 1 tin mixed fruit
Cara caranya :

  1. Gula dan tel;ur dipukul hingga kembang dan masukkan susu cair .
  2. Masukkan 1/2 tin mixed fruit , esen vanilla dan garam . Kemudian , kacau hingga sebati
  3. Rata kan golden sirap dalam acuan , biarkan ia keras sebentar
  4. Masukkan adunan puding tadi ke dalam acuan dan kukus sehingga masak ,
  5. Kukus selama 45 minit .
  6. Biarkan sejuk , keluarkan daripada acuan dan boleh la dihias dengan baki mixed fruit . ( terbalikkan golden sirap ke bahagian atas )


PUDING BELANG



Bahan A :

  • 35 gm agar agar \
  • 4 gelas air
  • 1 1/2 gelas gula halus
# masak agar agar dengan air hingga mendidih dan masukkan gula


Bahan B :

  • 3 sudu gula putih
  • 2 sudu butter
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sudu tepung kastard ( atau 4 sudu tepung gandum )
  • 1 sudu esen vanilla
  • Pewarna hijau dan merah ( ikut suka )
Cara caranya :

  1. Campur 3 sudu gula , butter , kuning telur dan tepung kastard - dikacau sebati . Masukkan susu cair dan esen vanilla , kacau hingga rata .
  2. Masukkan adunan bahan B ke dalam bahan A , kacau di atas api hingga mendidih .
  3. Angkat dan bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan ikut kesukaan sendiri
  4. Masukkan adunan berselang seli warna sehingga habis dan sejukkan 

PUDING CHOCOLATE



Bahan A :

  • 35 gm agar agar 
  • 5 cawan air 
  • 1 cawan gula 
# Masak hingga larut dan tapis

Bahan B :

  • 2 biji kuning telur
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan coco powder
Cara caranya :

  1. Campurkan kesemua bahan B dan dipukul hingga sebati ( kalau adunan bergentel , boleh la ditapis )
  2. Masukkan adunan B ke dalam adunan A. Masak hingga mendidih di atas api yg sederhana 
  3. Angkat dan tuang ke dalam adunan